Visi yang mengubah


Baca 2 korintus 3:7-18 (Tuhan itu Roh yang mengubah kita semua. Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki kemuliaan-Nya.)

Dalam satu versi cerita mitos Raja Arthur, raja muda itu sedang bersembunyi di atas pokok, dan berdebar-debar menunggu puteri,tunangnya. Setelah terjatuh, dia merasa bahawa dia harus menjelaskan kepada puteri. Oleh itu, dia menceritakan bagaimana dia dengan  anehnya dapat mencabut sebilah pedang daru suatu batu, dan dengan itu melayakan dia menjadi raja.

“Begitulah saya menjadi raja” Arthur memberitahu dia. “sebenarnya saya tidak mahu. Sejak saya  menjadi raja, saya tidak berasa selesa dengan mahkotah saya- sehingga mahkotah saya terjatuh dari pokok dan mata saya melihat anda. Lalu tiba-tiba, untuk kali pertamanya, saya merasa saya seorang raja. Dan perkara yangpaling menghairankan, saya mahu menjadi raja yang paling bijaksana, paling berani, dan paling mengkagumkan yang tidak pernah duduk di atas mana-mana takht.” Hanya dengan menatap kekasihnya, perubahan dalam kelakuan dan tujuannya terjadi.

Semasa kita merenung kekasih kita, iaitu Tuhan Yesus, kita juga akan mengalami suatu perubahan. Phaulus menulis “ sekarang muka kita tidak berselubung dan kita memantulkan kemuliaan Tuhan. Kemuliaan Tuhan itu berasal dari Tuhan, dan Tuhan itu Roh yang mengubah kita semua. Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki Kemuliaan-Nya. “  (2korintus 3.18).

Dengan menatap Tuhan kita dalam halaman-halaman Alkitab, dan dengan berserah kepada Roh Allah, kita menjadi orang yang berbeza. Kita akan mahu menjadi lebih seperti Dia. Lalu keinginan  kita yang paling besar adalah menyenangkan  Dia. – Dennis Fisher


Setiap hari menjadi lebih seperti penyelamatku,
Setiap hari kuserahkan kehendakku,
Sehingga akhirnya kristuslah yang memerintah
Di dalam hatiku yang bersyukur sentiasa. - Brandt

Comments