Tuhan Berkata begitu

Mazmur 23:4 ; Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.


Ketika Jacob yang berumur 8 tahun melawat datuknya di hospital, diamembawa kad. "semoga sembuh" buatannya sendiri. Kad itu di buat daripada kertas putih yang  keras berukuran 8.5 inci x 11 inci, yang dilipat dua. Di hadapan kad iu di tulis kata-kata "Harap Anda cepat sembuh". Di bahagian dalamnya, dengan tulisan huruf besar, adalah mesej berikut ; AKU MENYERTAI KEMANA SAJA ENGAKU PERGI. Tidak ada ayat alkitab,lalu Jacob menambahkan kata-kata ini: "Tuhan yang berkata begitu". Jacob mahu pastikan supaya saya tidak mengharapkan dia sentiasa berada di sisi saya selama saya di hospital.


Nota yang ditambahkan itu menyampaikan kebenaran yang lebih dalam dan tidak di sengajakan, yangmembuat saya tersenyum dan terhibur hati. Hospital boleh menjadi tempat yang sunyi. Tempat itu penuh dengan muka-muka yang didak dikenali,cara-cara rawatan yang dibuat pertama kali pada seseorang, dan keputusan pemeriksaan yang belum diketahui. Bagaimanapun, dalam keadaan itulah Tuhan dapat menenangkan hati yang berdebar-debar dan memberikan keyakinan bahawa Dia akan menyertai anda melintasidewan, melalui setiap pintu yang baru, dan menuju masa depan yang tidak di ketahui - Ya, bahkan melalui "tempat yang gelap gelita" (Mazmur 23;4)


Mungkin anda mengalami kemorosotan atau kehilangan yang mendadak. Masa depan anda tidak di ketahui. Namum, dengan percaya kepada Yesus sebagai penyelamat danTuhan,anda akan yakin dengan hal ini. Dia akan menyertai anda ke mana saja anda pergi. Anda boleh mempercayai janji itu. Tuhan berkata begitu! -DJD


Bila saja aku merasa Kristus ada di dekatku,
semua kesedihan dan kerisauan pergi;
Dialah kekuatanku, pengharapanku, kehidupanku,
Dialah segala-galanya bagiku. -Lewis

Comments

Post a Comment