Saya bayar anda nanti


Baca Lukas 14: 7-14 (Kebaikan akan dibalas oleh Allah pada waktu orang baik dibangkitkan daripada kematian.)

Sekiranya anda adalah majikan yang berkata kepada seorang pekerja, “kami amat menghargai apa yang anda lakukan di sini, tetapi kami telah mengubah cara  penggajian anda. Bermula hari ini, kami akan lambat gaji anda- selepas anda bersara.” Adakah pekerja itu melompat kegirangan? Tentu sekali tidak. Cara seperti itu bukan kebiasaan di dunia. Kita mahu gaji sekarang- atau sekurang-kurangnya pada setiap hari gaji.

Adakah anda tahu bahawa Tuhan berjanji untuk membayar “gaji”kita kemudian – lama kemudian? Dan Dia mahu kita bergembira dengan hal itu!'

Yesus mencadangkan agar ganjaran kita yang terbesar atas semua perbuatan baik yang kita lakukan dalam nama-Nya akan di beri selepas kita meninggal. Dia dalam Lukas 14, Yesus berkata bahawa jika kita memeliharaorang miskin, orang  lumpuh, dan orang buta, maka pahala bagi kemurahan hati tersebut akan di beri pada waktu orang baik dibangkitkan dari kematian (Lukas  14.14). Dia juga berkata bahawa sekiranya kita dianiaya, kita di gesa “bersukacitalah apabila hal itu berlaku, menarilah dengan gembira, kerana pahala yang besar tersedia untuk mu di syurga” (Lukas 6.22-23). Tentu sekali Tuhan memberi kita penghiburan, kasih, pimpinan pada hari ini, tetapi lebih indah lagi perkara-perkara yang disediakan-Nya untuk kita pada masa akan datang.

Kemungkinan kita tidak merancangnya demikian; kita tidak seronok menunggu. Tetapi bayangkan betapa mulianya apabila kita menerima pahala di hadapan Yesus. Betapa indahnya masa itu apabila kita menikmati apa yang telah  disediakan Tuhan 
untuk kita. – JDB

Sukacita syurga jauh melampaui kesedihan bumi,
Berkat yang kekal dengan Yesus, Tuhanku;
Tangisan bumi berhenti,pengujian dunia berlalu,
Aman dan tenang dalam Yesus, pahala yang diberkati. – Gilmore


Comments