Gembiralah hari ini


Baca Mazmur 118.24 ( Inilah hari kemenangan Tuhan; marilah kita rayakannya dengan gembira.)
Saya berada di satu kedai runcit pada suatu hari, dan berdiri dalam barisan, di belakang seorang lelaki yang membayar barang makanya. Selepas dia membayar, juruwang itu mengucapkan “Gembiralah hari ini” dengan bersemangat dan mesra.

Lalu juruwang tersebut (dan saya) sangat terkejut apabila lelaki itu berteriak dengan marah “Hari ini adalah hari yang paling teruk dalam hidup saya.” Teriaknya. “bagaimana mungkin saya dapat bergembira?” Dengan itu dia bergegas keluar dari kedai itu.

Saya faham perasaan kecewa orang itu; saya juga mengalami hari-hari yang “Teruk” yang di luar kawalan saya. Bagaimana mungkin saya dapat bergembira hari ini, saya tanya diri sendiri, apabila semuanya di luar kawalan saya? Kemudian saya ingat akan kata-kata ini: “ Inilah hari kemenangan TUHAN” (Mazmur 118:24)

Setiap hari adalah hari kemenangan Tuhan, dan Bapa saya akan menunjukan Diri dengan kuat bagi pihak saya hari ini. Dia mengawal segala sesuatu pada hari ini- bahkan hal-hal yang sukar yang saya hadapi. Segala kejadian sudah disaring oleh hikmat dan kasih-Nya, dan semua itu adalah peluang bagi saya untuk bertumbuh dalam  iman.”kasih yang kekal abadi” (ayat 1). “Aku tidak takut kerana Tuhan menyertai aku” (ayat 6)

Sekarang, apabila orang mengucapkan kata-kata yang mengharapkan saya bergembira pada hari ini, saya akan menjawab, “ Ini di luar  kawalan saya, tetapi saya bersyukur atas apa saja yang saya hadapi, dan bersukacita- kerana inilah hari kemenangan TUHAN.” – DHR

Apabila fajar mengumumkan setiap hari baru,
Sebelum engkau bangun dari tidurmu,
Bersukacitalah, bergembiralah dan pujilah Tuhan,
Bersyukurlah kepada-Nya atas apa yang ada di depan.



Comments