Sahabat sampai akhir


Baca Amsal 18.14-24  

Menurut tradisi,sekolah perubatan telah melatih para pelajarnya untuk menolong pesakit supaya terus hidup, dan juga memberikan sedikit petunjuk untuk membantu mereka menghadapi kematian. Tetapi keadaan ini berubah dengan penambahan krusus penjagaan akhir-hidup. Kini para doktor perubatan diajar bahawa setelah menggunakan semua kepakaran perubatan dan masih tidak menemukan kesembuhan, mereka seharunya mengambil peluang untuk berada disisi pesakit mereka yang hampir meninggal, serta menunjukan belaskasihan dan menjadi sahabat mereka.

Maut menakutkan kebanyakan kita dan menyebabkan kita rasa janggal di hadapan orang yang tidak lama lagi akan meninggal. Tetapi  peluang kita yang terbesar untuk menolong sesorang dalam nama Yesus, mungkin datang pada waktu hari-hari terakhir seseorang di dunia ini
.
Alkitab menyebut tentang persahabatan yang tidak mengenal batas. “sahabat sentiasa saling mengasihi,” kata orang bijaksana (Amsal 17.17) dan juga “ada sahabat ……yang lebih karib daripada saudara kandungnya” (18.24) Yesus berkata, “Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka.” (Yohanes 15.13)

Yesus ialah Doktor Agung dan sahabat kita, dan Dia berjanji tidak sekali-kali meninggalkan atau membiarkan kita terlantar (Ibrani 13.5). Dalam nama-Nya ,Dia memanggil kita untuk bersama-sama dengan sahabat dan keluarga kita, apabila perjalanan mereka di dunia hampir berakhir. Perkara itulah yang dilakukan oleh sahabat yang sejati. – DCM

Sahabat adalah orang yangsentiasa tahu
Apabila angin sejuk masalah bertiup,
Yang datang pada waktu taufan malam yang gelap
Dengan cahaya persahabatan yang bersinar selalu. – Mason

Comments