Doa Lima-Jari

Yakobus 5;16 Karena itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan supaya kamu sembuh. Doa orang benar, bila dengan yakin di doakan, sangat besar kuasanya.


Doa adalah perbualan dengan Tuhan, bukan satu rumusan. Bagaimanapun, kadang-kala kita perlu menggunakan sesuatu "kaedah" untuk menyegarkan masa doa kita. Kita boleh berdoa dengan menggunakan Mazmur atau ayat-ayat Alkitab yang lain (seperti doa Tuhan) atau menggunakan Kaedah PPK (pujian, pengakuan, kesyukuran, dan permohonan doa) . Bari-baru ini saya mengetahui cara "berdoa 5 jari"sebagai panduan apabila mendoakan orang lain. 



  • Apabila berdoa melipat tangan ,ibu jari itulah yang paling dekat dengan anda. Oleh itu mulailah dengan mendoakan orang terdekat dengan anda- mereka yang anda kasihi (Filipi 1:3-5)
  • Jari telunjuk adalah penunjuk. berdoalah untuk orang-orang yang mengajar,  guru-guru alkitab dan para pengkhotbah dan orang yang mengajar anak-anak (1 Tesalonika 5:25)
  • jari seterusnya adalah yang tertinggi. ini mengingatkan anda unuk mendoakan orang yang berkuasa di atas anda.-pemimpin kebangsaan atau tempatan dan penyelia anda di tempat kerja (1 Timotius 2:1-2)
  • Jari ke empat biasanya yang paling lemah. Berdoalah untuk mereka yang berada dalam kesusahan atau yang sedang menderita (Yakobus 5:13-15)
  • Kemudian jari kelengkeng. Iamengingatkan anda bahawa anda sangat kecil berbanding dengan kebesaran Tuhan. Mohonlah kepada-Nya untuk membekalkan keperluan  anda (Filipi 4:6-9).
Apapun kaedah yang anda gunakan, bercakaplah dengan  Bapa anda. Dia ingin mendengar apa yang ada di dalam hati anda. - AMC.

Doa kita naik ketakhta syurga
Apapun cara dan bentuk yang kita gunakan;
Bapa kita selalu mendengar umat milik-Nya,
Apapun kata dan bahasa yang d tuturkan. - D. De Hean. 

Comments

Post a Comment